Monday, May 7, 2012

..Tulisan dan kehidupan..

Menulis itu sukar. Sesukar memetik jari. Ya, memetik jari itu bukan sesuatu yang mudah kerana tidak semua orang yang memetik jari akan menghasilkan bunyi.

Aku tak pernah termimpi untuk menulis. Malah, memulakan blog ini hanya dengan niat suka-suka. Tapi bila hati berkata-kata, jari  mula mahu menari-nari menaip baris-baris ayat untuk kepuasan diri. Tak sangka ada juga yang sudi membaca. Kerana pada aku, apa yang aku coretkan hanya pengalaman yang aku lalui, emosi yang aku rasai, keadaan yang aku perhati. Mungkin juga berbunyi teguran atau sindiran. Well, itu juga emosi.

Sedar tak sedar, aku dah menulis lebih daripada 200 entri di 3 blog berbeza mengikut kematangan. Untuk membuka buku yang baru, aku tutup buku yang lama. Maka inilah buku aku yang terbaru.

Bakal bergelar seorang ibu dalam 211 hari lagi, aku teruja dan bersyukur akan kurniaan ALLAH kepadaku. Setelah melalui turun naik kehidupan sebagai kanak-kanak dan remaja, kini aku boleh berbangga untuk menjadi seorang dewasa yang hampir lengkap hidupnya. Kehadiran lelaki yang mencintai aku seadanya membuatkan aku dapat menghayati nilai kehidupan sebenar. Alhamdulillah, sesungguhnya aku amat bersyukur.

Turun naik kehidupan sekeliling aku juga membuatkan aku tersenyum. Ya, ramai rakan-rakanku yang sudah mampu tersenyum kini walaupun aku mungkin tak tahu kesusahan apa yang telah mereka lalui dulu. Mungkin ada segelintir yang masih kelat senyumannya, tapi tetap terus tabah melalui kehidupan seperti aku suatu masa dulu. Bersyukurlah kalian, teruslah bersyukur kerana rezeki ALLAH itu ada dimana-mana.

Sebelum memejam mata malam ini, aku mahu semua orang di sekeliling aku tahu yang aku amat bersyukur dengan kehadiran kalian. Aku sayang semua. Ya, semua. Terima kasih kerana masih mewarnai kisah kehidupan aku. :)