Sunday, January 15, 2012

..Wedding ceremony..

Until now, I am still thinking, whether to write it in english or bahasa.. =_='

Special sikit lah. Kali ni nak tulis dalam bahasa ibunda yang indah. Majlis perkahwinan. Ada siapa-siapa yang tak sabar nak kahwin dah? Wah! Silalah berfikir 400 kali sebelum membuat keputusan ye.. Bukan apa, nak kahwin itu bukan sesuatu yang mudah.. Sesekali kena bertanya pada diri sendiri, mampukah anda menjaga rumahtangga anda supaya sentiasa harmoni dan kekal sepanjang masa? Haa.. Kan dah tergamam..

Tapi tak apa.. Keinginan untuk mendirikan rumahtangga itu seharusnya ada dalam diri setiap orang kan.. Kalau tak, macammana nak jadi umat Rasulullah.. Tak gitu? Bagi mereka-mereka yang bakal-bakal mendirikan rumahtangga, ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan di sini.. Jom tengok!

Wedding checklist
  1. Barang hantaran - buat keputusan awal-awal dan belilah sikit-sikit. Kalau tak nanti mesti rasa terbeban.
  2. Borang kebenaran berkahwin - sila pergi ke jabatan agama negeri masing-masing untuk tahu dokumen yang mereka perlukan. Jangan nanti kena pergi 2 3 kali ke sana untuk dapatkan kebenaran berkahwin.
  3. Imam jurunikah - kena book awal-awal tau. Mereka ini sibuk mengalahkan PM. Seriously!
  4. Baju nikah - sila tempah 2 hingga 3 bulan sebelum majlis. Kalau ada yang tak kena nanti, taklah kelam kabut si tukang jahit itu. Lagipun kalau tempah sebulan sebelum nikah, biasanya kena reject oleh si tukang jahit.
  5. Konsep majlis - fikir dan bincang siap-siap. Baru senang nak fikir idea dan gambaran majlis dan bajetnya. Hehe..
  6. Kad kahwin - sila dapatkan pakej yang termurah. Survey lah awal-awal supaya tak menyesal dan kelam-kabut.
  7. Katering - biasanya akan ada yang provide sekali dengan khemah dan sebagainya. Ada jugak yang ada pakej sekali dengan dewan bagai. Pilihlah yang terbaik dan harga yang bersesuaian. Yang ni pun kalau boleh tempahlah awal.
  8. Pelamin, baju sanding, make-up - ni untuk mereka yang nak bersanding. Biasanya mereka akan tanya bajet kita, Maksudnya lagi mahal bajet, lagi meriahlah baju dan pelamin kita tu nanti.
  9. Door gift- untuk budak-budak, mudahnya bagi gula-gula lah. Untuk orang dewasa, terpulang pada taste dan bajet sendiri.
  10. PA System dan DJ - biasanya ada dalam internet. Google lah. Haha! Kalau ada kawan-kawan yang sediakan pakej ni, lagi bagus. Lagi tak perlu pening kepala.
  11. Senarai jemputan - sila buat! Supaya tiada masalah kehabisan kad, kehabisan makanan, dan heart feeling. =P
  12. Bilik tidur pengantin - silalah hias untuk kegunaan masa majlis (tangkap gambar) dan hari-hari seterusnya. Hek!
  13. Photographer / videographer - carilah pakej yang paling berbaloi dengan testimoni yang paling cantik. Jangan salah pilih. Nanti malu nak tunjuk kat orang gambar kahwin. Hehe..
  14. Kompang - biasanya kat kampung ada persatuan. Bagi yang duduk bandar, cari budak-budak universiti pun senang. Tak pun, pakai CD je.. =P
  15. Kek Kahwin - kadang-kadang ada pakej katering yang sediakan sekali. Kadang-kadang takde. So, kene bersiap-sedia okay..


Haa.. tulah antara persediaan yang perlu dibuat. Sebenarnya, buat entri ni untuk mengingatkan diri sendiri jugak. Mana tahu ada yang terkurang. Naya je majlis tak jadi nanti.. Huhu.. Tunggu next tips di entri seterusnya ya! :)


3 comments:

Nurul said...

nervous x? nervous x? ngeh3..

suhailah salahuddin said...

waahhh!!!nebes sgtttt! lagi 48 hari.. =_='

~,~ ika said...

ble alg mjlis ny hihihih