Wednesday, February 15, 2012

..Kita adalah satu..

Kawan,
Kita berkenalan bukan paksaan..
Tak pernah sekali timbul sesalan..
Bukan juga sebuah rancangan..
Oh, mungkin ianya rahmat Tuhan..

Pantas masa terus berjalan..
Kau dan aku menjadi kita..
Sesekali tertiup angin dugaan..
Namun kita tetap sabar menempuhnya..

Teman,
Aku bersyukur akan kehadiranmu..
Tak mungkin ku mampu harungi sendirian..
Benar, kesempurnaan tak pernah wujud dalam hidupku..
Tetapi ia lengkap dengan adanya kamu..

Sahabat,
Aku bukan orang yang hebat..
Bahkan tidak selalu membahagiakan..
Eh, lihat! Hati kita masih terikat..
Dalam satu talian persahabatan..

Kalian,
Tak mungkin bisa ku balas semuanya..
Susah dan senang tetap bersatu..
Namun hati yakin akan kuasa-Nya..
Bahawa kebaikan sentiasa mengiringimu..
Doaku..
Agar persahabatan ini terus lanjut..
Kerana kita adalah satu...

p/s: this post is dedicated to you, my dearest friend..We've gone through the stage of life together.. may the bless of ALLAH will always be with you.. xoxo!

3 comments:

Nurul said...

love it so much..love u too dear.. :)

suhailah salahuddin said...

love you more! :)

Anonymous said...

thanx dear....harap persahabatan kite kekal selamanya.... ;)