Saturday, March 10, 2012

..Kisah cinta kami..

Alhamdulillah..

Selamat bergelar puan isteri kepada encik suami tercinta. Seminggu, banyak perubahan yang dapat dirasakan.Alhamdulillah, hidup lebih teratur dan berharap akan menjadi lebih teratur.

Tak pernah menyangka, perkenalan yang sangat singkat membawa kami ke jinjang pelamin. Kalau diingatkan, dia adalah orang yang paling dirasakan annoying pada masa itu. Annoying, and I mean it. Haha! But, I do seriously don't know how can I agree to go out with him few months after that. Amazingly, I also said yes to marry him! That is, I think, called the power of love.

Ya, saya memang pernah kecewa. Even by the time I met him for the first time, I was in the middle to recover my heart from that sadness. All the time I was praying, "Ya ALLAH, tutuplah pintu hatiku daripada menerima sesiapapun, dan bukalah hanya apabila KAU katakan bahawa dialah jodohku". Setelah ini, saya terfikir, mungkin inilah kuasa doa. Saya dah pun temui jawapan kepada doa saya. Terima kasih, ALLAH. Terima kasih atas kurniaan yang tidak terhingga ini. Alhamdulillah, kini saya mampu tersenyum.. :)

Kepada cinta hati saya, one and only husband, dearest Mohd Hafiz Ismail,
Terima kasih untuk cinta ini. Terima kasih kerana menerima diri I seadanya. Terima kasih untuk semua doa dan nasihat u sepanjang masa ini. Semoga kita sentiasa bersatu hati melalui segalanya bersama. Terima kasih, cintaku. Terima kasih, imamku. Terima kasih, sahabatku. Terima kasih, penghujung cintaku. Terima kasih, suamiku. :)


Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu..


No comments: