Friday, December 2, 2011

..Sahabat? Tengok dululah..

Sekali lagi menulis dengan bahasa sendiri..
Bukannya terkilan..sekadar berkongsi..
Sebelum mula, bersihkanlah hati..
Agar kata tidak menyakiti..

Ku mulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kesal, terkilan, marah, sedih.. Semua emosi ada.. Bercampur jadi satu.. Bersyukur, masih ada yang menyayangi walaupun terluka sana sini.. Tak mengapa.. Lumrah kehidupan.. Harus warna-warni.. Kelam kalau satu rona sahaja.. Baju pun nak berbunga-bunga.. Kan? :)

Aku sebenarnya tak suka nak menulis tentang perkara-perkara sebegini.. Sebab bunyinya macam mengata walaupun ditulis secara umum.. Tapi keadaan sekeliling membuatkan kata-kata ini tetap nak termuntah dari hati dan emosi.. Kedua-duanya tau.. Bukan tak seimbang dengan hanya menggunakan satu elemen sahaja..

Kasihan melihat orang-orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Merasakan diri sangat betul sehinggakan 1000 kebaikan orang ditutup dengan hanya kesilapan-kesilapan kecil. Perempuan, lelaki, tua, muda.. semua sama.. tiada pengecualian dibuat.. Yang buat aku tertawa kecil, sendiri mengaku diri baik, sendiri buat silap, sendiri sedar bahawa itu kesilapan sendiri, sendiri melarikan diri.. Hey kawan! Kelakarlah kau ni! Sumpah aku gelak guling-guling tengok keadaan kau yang tak senang duduk itu. Bak kata orang tua-tua, panas punggung. Heh! Maaf ya. Sudah terkasar. Sebab tu aku kata aku menulis kali ni menggunakan 2 elemen. :)

Maafkan aku ya ALLAH kerana mempunyai perasaan seperti ini. Mentertawakan saudara sendiri kerana kesilapan yang dia lakukan. Tapi apakan daya, aku tak pandai menipu. Apatah lagi berpura-pura. Jadi, lebih baik ku lepaskan saja. Bimbang nanti jadi dosa hati pula..


Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Ternyata, lirik ini betul berdasarkan apa yang aku lalui. Kasihan apabila orang-orang yang kurang kasih sayang ini tidak pernah mahu mengakui kesilapan sendiri. Hanya mahu orang lain memenuhi kehendak mereka. Tapi, dah nama pun kurang kasih sayang.. nak buat macammana lagi..

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Maaf saudari, saudari memang telah menjadi ahli sihir yang menyeru nama maharaja ini sehingga segerombolan hantu bisu telah berkata-kata.. Saudari pergi, saya sedikit pun tak kesal.. Malah sudah menjangka ini memang akan terjadi. Jangan saudari berpaling lagi kalau tidak mahu malu, ya!

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Kepada sekalian sahabat, teman, kawan.. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri.. Jadilah kawan yang baik kepada semua orang.. Berkawan bukan bermakna "anda single, kawan anda juga harus single" dan "anda berdua, tak pedulilah kalau kawan anda single". Bukan juga bermakna "anda susah, anda cari kawan anda" dan "anda senang, lantaklah kawan anda nak gembira atau menangis". Kawan adalah orang yang walaupun jarang dihubungi, namun tetap di hati.. Kawan adalah orang yang sudi berkongsi suka duka hidup dalam alam ni. Kalau anda tidak mahu merasa kehilangan, jangan jadi kawan yang 'jual ikan'.

Oh! Satu lagi pesanan. Doakanlah yang terbaik untuk kawan-kawan anda walaupun perangai kawan anda itu memang yang paling teruk yang pernah anda jumpa. Sebab kebaikan tu akan datang kat kita juga nanti. Tak perlulah menilai; "dia jahat, saya tak perlu berkawan dengan dia sebab saya baik dan berhati mulia", kerana semua itu bullshit!! Semua orang pun ada baik dan buruknya. Anda tidak terkecuali. :)

p/s: kepada bekas kawan aku yang sekarang dah melarikan diri tu, maaf..aku tak boleh tunggu kau untuk bertunang.. aku jugak tak boleh penuhi permintaan kau untuk tinggalkan tunang aku.. sebab alhamdulillah.. buruk baik dia, aku terima seadanya dan begitu juga dia.. dan dia memang serius bersama aku.. kalau tak, dia tak akan menunggu bertahun-tahun untuk kami bertunang dan insyaALLAH berkahwin.. walaupun kau kata "tak semestinya dia melamar kau selepas 3 hari kenal dan semua lancar, dia itu jodoh yang baik buat kau", tapi aku tetap percaya dengan apa yang ALLAH dah tentukan untuk aku.. ALLAH yang tentukan hidup aku tau.. bukan kau.. maaflah kalau sepanjang proses majlis pertunangan itu berlangsung aku sedikit sibuk.. tapi sesibuk mana pun aku, aku ada juga masa untuk bersama kau saat kau menangis teresak-esak disebabkan keadaan keluarga kau.. bukan mengungkit.. tapi sedarlah kalau selama ni, kau tak lah perfect sangat untuk dibanggakan.. maaf ya.. semua orang pun ada baik dan buruknya, ada senang dan susahnya, ada bahagia dan deritanya.. aku doakan kau jumpalah dengan lelaki yang boleh tunduk dengan segala arahan kau.. mudah-mudahan kau boleh jadi mem besar dalam rumah kau nanti.. :)

7 comments:

Nurul said...

like seriously..there are people like this??? the world has gone mad..=.=

suhailah salahuddin said...

exactly baby..wish u wont be such evil friend..and thank ALLAH, as far as i knew you, you are not that kind of friend. you are one of the best friend i've ever had darling..

Anonymous said...

hai saudari!! saudari tidak mengenali saya dan saya juga sebenarnha tidak mengenali saudari..tengah blog walking,terbaca pulak blog saudari..saya cuma ingin membuat teguran,harapnye saudari terima dgn hati terbuka..minta maaf kalau bahasa yg saya bakak gunakan nanti mengguris hati saudarii..sbg teman yg baik,tidak perlu la kite memburukkan teman kite walaupun kite berada dlm pergaduhan yg besar..menurut luahan hati saudari,saya dpt rasakan yg teman saudari ini tidak menyukai tunang / bakal tunang saudari..saudari jgnla melenting dulu,sudah tanye ape sbbnye die tidak menyukai tunang / bakal tunang saudari?bagi saya,terdapat kesalahan dua2 pihak disini..bagi saya die bersikap jujur ttg pndangannye terhadp tunang saudari..saudari pun perlu berterus terang dgnnye bhw saudari terima pendapatnye dan berharap die dpt menerima tunang saudari sbb die dan tunang saudari antara org yg penting dlm hidup saudari..saye juga berharap saudari jgn menjadi terlalu judgemental kerana ape yg saya faham die tidak ade masa bersama saudari?adakah saudari buat assumption mcm ni based on satu situasi atau pelbagai situasi??saye bukannye ape saudari,saye pernah kene mcm ni..disebabkan perasaan marah,saye sggp ketepikan kawan saya sendiri..masalah bole diselesaikan kalau bersikap rasional tapi sbb marah,hubungan sesame teman menjadi pertaruhan..igtla saudari,teman mmg ramai tp cuma ade satu je yg betul2 memhami kite..saudari patut take a break sebentar dan fikir,musahabah diri balik...jika masing2 masih meneruskan sikap ego masing2,mmg xkan ade penyelesaian..saya bole guarantee,di sebalik kemarahan saudari,saudari merindui teman saudari tu kan..sekian saudari..saya minta maaf kerana mengecilkan hati saudari.saya cuma seorg hamab allah yg tidak sanggup melihat persahabatan dua muslimah terputus..

suhailah salahuddin said...

Hye anonymous..
Thanks for reading my blog. appreciate it very much. But the way you judge my entry, it's like you know my ex-bff very much and you heard her side of story. wow! Let me clear those things with you..

1- tanye ape sbbnye die tidak menyukai tunang / bakal tunang saudari?
= you wanna know what's the reason? because my fiancee doesn't like her. and it's because of her attitude. It's not only my fiancee, but lots of people, and also my mom, had advise me previously, not to be so close with her. But i was the one who was so stubborn. Now, i got it.

2- saudari pun perlu berterus terang dgnnye bhw saudari terima pendapatnye dan berharap die dpt menerima tunang saudari sbb die dan tunang saudari antara org yg penting dlm hidup saudari.
= did u ever asked whether i had done this or not? don't simply judge me k..

3- saye juga berharap saudari jgn menjadi terlalu judgemental kerana ape yg saya faham die tidak ade masa bersama saudari?
= i was writing in malay, and you till didn't understand my words? OMG! i am impressed. let me get you cleared with this. "maaflah kalau sepanjang proses majlis pertunangan itu berlangsung aku sedikit sibuk.. tapi sesibuk mana pun aku, aku ada juga masa untuk bersama kau saat kau menangis teresak-esak disebabkan keadaan keluarga kau.." did i say she was the one who didn't have time for me?erks! you are wrong! read carefully ok dear?

4- jika masing2 masih meneruskan sikap ego masing2,mmg xkan ade penyelesaian..saya bole guarantee,di sebalik kemarahan saudari,saudari merindui teman saudari tu kan..
= i agree. but did she? i sent her few messages, gave her a call but none of them were replied. it's even until the day i was engaged. if she was my true bestfriend, didn't she supposed to be happy by that time? didn't she the one who supposed to share the happiness with me? but, did she? nope! she didn't. who were having her ego here? she's the one who block me from her facebook, twitter, and blog. am i still the one who has the ego?

Think by yourself. Thanks for your advise btw.

Anonymous said...

sekali lagi saya meminta maaf kerana telah mengecilkan hati saudari..niat saya hanya satu, supaya hubungan rapat saudari tidak terputus..saya tidak mengetahui situasi sebenar..solely based on your blog..saya doakan yang terbaik untuk saudari..sekian,wassalam

Anonymous said...

sekali lagi saya meminta maaf kerana telah mengecilkan hati saudari..niat saya hanya satu, supaya hubungan rapat saudari tidak terputus..saya tidak mengetahui situasi sebenar..solely based on your blog..saya doakan yang terbaik untuk saudari..sekian,wassalam

suhailah salahuddin said...

it's ok my dear..don't get me wrong..maaf, saya juga terkasar..doanya saya hargai..sayangnya, mungkin terlambat kerana hubungan ini sudahpun terputus. dan sekiranya dia kembali, mungkin saya juga tidak boleh menerimanya seperti dulu lagi..hati saya dah terlalu kecil untuk memuatkan persahabatan kami..terima kasih, ya..sila datang lagi jika berkesempatan.. :)