Monday, November 28, 2011

..Wahai saudaraku..

Wahai saudaraku..
Ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu tentang wanita di sekelilingmu. Ambil berat tentang perkara-perkara penting ini dan kamu tidak perlu takut tentang kehilangan melainkan yang telah ALLAH tentukan..

Wahai saudaraku..
Tiada apa yang lebih diinginkan oleh seorang wanita melainkan perhatian dan kasih sayang. Wang dan hartamu tidaklah dia hiraukan jika perhatian dan kasih sayangmu tak pernah berkurangan. Dia akan sanggup berkongsi segala kesusahan jika kamu tidak pernah mengabaikan kehadirannya. Lupakah kamu bahawa di sebalik setiap kejayaanmu akan berdiri seorang wanita?

Wahai saudaraku..
Tepatilah janjimu walau sesulit manapun itu. Janganlah kamu berjanji jika semuanya tidak pasti. Akan mereka kenang segala kebaikanmu. Kemaafan pasti akan menjadi milikmu sekiranya kesilapan berlaku di sekejap waktu..

Wahai saudaraku..
Fahamilah dan dengarilah setiap luahan hatinya. Jangan biarkan dia menangis sendirian kerana ALLAH telah memberikan 1001 tanggungjawab di atas bahunya. Ketahuilah bahawa dia menangis bukan untuk simpatimu. Dia menangis hanya untuk melepaskan segala kepenatan dan bangkit kembali meneruskan perjalanan..

Wahai saudaraku..
Jika dia berpaling muka darimu kerana terluka hatinya oleh sikapmu, akuilah. Mohonlah kemaafan dan pujuklah. Kemanjaan itu akan melembutkan hati sekeras batu. Jika ada silapnya, tegurlah dengan cara yang paling berhemah agar hatinya terusik untuk berubah. Bukan dengan herdikan, kerana itu akan menghasilkan kekerasan. Maka kamu tidak akan mendapat perubahan yang kamu inginkan..

Wahai saudaraku..
Hargailah kehadirannya sementara dia masih di sisimu. Jangan nanti apabila dia berlalu pergi, barulah kamu mengakui bahawa dia yang terbaik untukmu. Masa itu sudah terlambat untuk kamu mendapatkannya kembali. Dia tidak akan sewenang-wenangnya meninggalkanmu jika dia tulus mencintaimu. Jika dia sanggup melukai hatinya sendiri dengan meninggalkanmu, itu bermakna dia amat kecewa denganmu. Selangkah mereka pergi, mereka tidak akan kembali lagi..

Wahai saudaraku..sedikit perkongsian untuk kamu fahami..

Aku wanita punya hati nurani yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta?
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati, belahan jiwaku ini?

Cintaku ini anugerah terindah dari Yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta?
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati, belahan jiwaku ini?

Aku wanita, ku kaum hawa yang memang rapuh hatinya
Aku wanita, ku punya cinta selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta?
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati, belahan jiwaku ini?

Aku wanita yang hanya perlu kau fahami..

p/s: ilham dari blog seorang saudara yang bertajuk 20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

No comments: